Saturday, September 25, 2010




Gratisan Musik

sekolah saya :)


WELCOME TO SMTLC,IPOH




LENCANA SEKOLAH







Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator , Ipoh :)
berdekatan dengan Hospital Permaisuri Bainun , Ipoh
Bersebelahan dengan SMK. Anderson
Bersebelahan dengan Taman D.R Senivasagam
tahun ni adalah tahun last sekolah ini menawarkan aliran teknikal
kami ialah last batch
hope dapat result yg GEMPAK
tahun hadapan sekolah ni akan di tukarkan ke SMV Ipoh






MISI DAN VISI SEKOLAH



MISI SEKOLAH :)



SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LEBUH CATOR, IPOH (SMTLC) MENJADI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK YANG TERBAIK DI NEGERI PERAK MENJELANG
2010



VISI SEKOLAH


SMTLC BERTEKAD UNTUK:



• Mencapai Gred Purata 4.0 dalam keputusan SPM.
• Memastikan pelajar-pelajar aktif dalam kokurikulum.
• Memiliki sahsiah terpuji dan nilai murni yang mantap.
• Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
• Berteraskan pengurusan yang telus dan tulus.




ASAL-USUL dan SEJARAH SEKOLAH SMTLC :)


Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1930 dan dikenali sebagai "Government Trade School")?




Tujuan ditubuhkan ialah untuk melatih belia-belia dalam bidang mekanikal bagi memenihi keperluan kerja di Federated Malay State Railway Central Workshop.

Pada tahun 1950 sekolah ini telah ditukar nama kepada "Junior Technical Trade School". Pada 1 Januari 1963 "Junior Technical Trade School" telah dinaikkan taraf kepada "Secondary Trade School" (Sekolah Menengah Pertukangkan)?






Pada 1997 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator




1930 - 1968
Sekolah ini ditubuhkan pada 1930 dan dikenali sebagai ‘Government Trade School’. Pada peringkat awal penubuhannya, institusi ini hanya mengambil 28 orang pelajar sahaja. Tujuan penubuhannya ialah untuk mengisi tenaga kerja di Bengkel Pusat Kereta Api di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mereka juga perlu menjalani latihan selama tiga tahun sebelum berkhidmat di bengkel tersebut. Pada tahun 1950, sekolah ini ditukarkan namanya kepada ‘Junior Technical Trade School’. Kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Mekanikal, Amalan Bengkel Bata dan Kayu serta Kejuruteraan Elektrik dan Kimpalan. ‘Junior Trade School’ kemudiannya dinaikkan taraf kepada `Secondary Trade School’ pada 1 Januari 1963 dengan mengambil pelajar-pelajar lepasan tingkatan 3, di sekolah-sekolah akademik. Dua kursus baru telah diperkenalkan iaitu Automotif serta Servis Radio dan Televisyen. Bahasa perantaraan yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Subjek-subjek yang diajar ialah Sains Mekanikal, Sains Kejuruteraan, Sains Elektrik dan Sains Bangunan. Peralatan bengkel pula dibekalkan oleh Colombo Plan sehingga tahun 1970.


1969 - 1987
 Sekali lagi nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah Vokasional pada tahun 1968. Syarat minima kemasukan ialah pangkat S dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP), tetapi mesti lulus Bahasa Malaysia dan mana-mana dua mata pelajaran lain, dan salah satu daripadanya ialah Matematik, Sains atau Seni Ketukangan. Kursus yang ditawarkan mengambil masa dua tahun. Mereka akan menduduki Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia ( SPMV) pada akhir pengajian. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan pada tahun 1987. Kurikulum Pendidikan Vokasional turut dipinda sejajar dengan visi dan misi negara ketika itu. Lapan lagi kursus diperkenalkan. Pelajar dinilai semasa tingkatan 4 terhadap kemampuan mereka dalam mata pelajaran akademik dan vokasional.
1988 - 1996 Berdasarkan pencapaian pelajar semasa peperiksaan semester, pelajar boleh memilih sama ada ingin menduduki Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada penghujung tingkatan 5. SKM dikendalikan oleh Lembaga Latihan Vokasional Malaysia. Pada tahun 1991, Sekolah Menengah Vokasional, Ipoh menjadi perintis kepada dua aliran pendidikan iaitu Vokasional dan Kemahiran. Syarat minima kemasukan ialah pangkat A atau B dalam Sijil Rendah Pelajaran untuk aliran Vokasional manakala pangkat C atau S untuk aliran Kemahiran.

1997
 Kini Pada 1 Januari 1997, sekolah ini sekali lagi dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, apabila menawarkan aliran Teknikal, Vokasional dan Kemahiran. Kini Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh menawarkan satu lagi aliran teknikal iaitu Perdagangan, selain tujuh aliran Vokasional dan satu aliran Kemahiran.




HOSTEL oh HOSTEL ~

             ak mula dok hostel sejak form 4
                  tahun ni adalah tahun terakhir aku tinggal di hostel smtlc..
selamat tinggal hostel smtlc
                               sudah dua tahun aku tinggal disini..banyak pengalaman yg aku dpt
                              banyak benda yg telah mengajar aku terutama yew hidup berdikari

story hostel smtlc
           warden2 kat sini garang..tegas dlm menjalankan tugas
              biasala bukan senang nk menjaga kami yg ramai nie
       tp ada juga yg wat hal..melawan cakap warden la..mcm2 lg.
.mcm aku juga la pernah buat  hal..sorry warden!
                        kwn2 kat sini pulak ad yg ok ada yg ko..
biasa la tiada manusia yg perfectkan!
          tp lg best bila ada kwn yg memahami kita..bila cuti lama mula la rindu telatah kwn2..   
em kat hostel smtlc aspura(lelaki) ada 7 dorm aspuri(perempuan) lak ada 6 dorm..

setiap dorm ada ketua dorm iaitu k.d
      aspura and aspuri masing2 ada surau sendiri..ini lah tempat kami beribadat
      makanan kat dewan makan blh tahan la..tp xsesedap air tangan ibu
                          banyak makanan yg kami xblh makan tp terpaksa telan jew..sedap juga eh:)
                           kring..kring..ha bunyi 2 menandakan kami kene prg prep..aduh malaz yew
           tiap2 tgh hari n malam ada prep..prep3
          tp waktu ni la kami nk study dan baca buku pown
           
 bila masuk wak2 solat pulak..kring3!semua turun surau..solat berjemaah..lg dpt banyak pahala
        aktiviti wak2 petang lak semua menghabiskan masa utk tidup..time to sleep
         pd yg rajin bersukan 2 boleh la merangcang pelbagai aktiviti..alatan permainan semua disediakan
                 bila hujung minggu lak mcm2 aktivi dirancang untk kami
                bila ada pertandingan..ada lah hadiah yew
                      seronok masing2 terhibur

                     akhir kata banyak faedah yg dpt bila tinggal di hostel ni
                   mcm aku la drpd selalu bergantung pd parent sudah pandai hidup berdikari
                 LOVE HOSTEL SMTLC







Friday, September 24, 2010

created by , yana :)


nurdiyana binti sanad
yana forshort :)
5 pengajian kejuruteraan 2



p/s Maaf laa kalau blog nih BURUK , saya budak baru belajar :)